Allah Itu Maha Hebat Kenapa Diciptakan Malaikat?

Author Topic: Allah Itu Maha Hebat Kenapa Diciptakan Malaikat?  (Read 15170 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

syidaspongebob

  • *
  • Posts: 1361
  • maaf zahir batin
    • View Profile
01 January, 2011, 07:59:27 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum w.b.t

    Seorang sahabat telah menge"add" saya di satu group yang bernama SOAL JAWAB..
    jadi saya pon dengan berbesar hati menerima pelawaannya itu kemudian terserempat dengan beberapa hamba Allah yang keliru dengan agama islam..

    saya dah pon mengajak mereka ke laman ini, jadi mohon yang arif untuk memberikan tunjuk ajar pada mereka khususnya
    kepada user2 baru..mohon agar tidak MUDAH MELATAH dan menggunakan cara yang betul dalam berhujah dan berdakwah...
    dilarang menggunakan sebarang carutan dan maki hamun...

    disini, saya sertakan nota2 yang ada di group tersebut untuk mendapatkan respon yang ahli dalam hal ini...
    bantuan anda amat dihargai...



    Quote
    Sesungguhnya aku tak percaya yang tuhan itu begitu hebat..Kalau dia begitu hebat..apa perlunya malaikat??? - Kekeliruan tentang Kekuasaan Dan Kehebatan Allah II- Isa Daud



     Terlebih dahulu apa yang di tulis ini hanyalah pendapat saya sendiri..tiada kaitan dengan mana2 ustaz pun...Maafkanlah saya yang lemah ini kalau tersalah..dan ajarlah saya dengan baik2..
     
    Mungkin akan ada yang bertanya..kenapa saya berkata begitu..Kenapa saya tidak mahu percaya bulat2 tanpa berfikir terlebih dahulu?..
     
    Adakah saya ni kafir yang mahu menyesatkan umat islam secara halus ataupun hanya sekadar ahli agama yang mahu mencari populariti??. @ saya cuma mahu mencari ilmu yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa??
     
    Kenapa..Ada masalahkah kalau saya tidak mahu mempercayainya bulat2 dan hanya tahu copy and paste dari mulut ustaz??? Salahkah saya cuba menggunakan akal yang waras kurniaan tertinggi Tuhan kepada saya??..
     
    Saya bukanlah menafikan kekuasaan Allh..tetapi saya ingin tahu kenapa perlu ada malaikat??
    Tidakkah anda pun sama???
     
    Bukankah ada banyak ayat di di dalam al-Quran yang menyuruh kita bertanya dan berfikir?? Salahkah saya mengikut suruhan Allah..
     
    Bukankah itu salah satu kewajipan dalam islam..Mencari ilmu dan berfikir supaya ilmu itu bertambah??
     
    Kalau ada yang mengatakan menjadi ilmuan islam hanya sekadar cukup dengan menghafal..maka mereka ternyata silap..kerana ilmuan islam bukanlah hanya menampal simbol ustaz di dahi tetapi menambah ilmu dan keimanan di hati..
     
    Adakah saya betul setakat ini??..Jadi di mana salahnya??..Apa masalahnya??..Saya pun selalu mendengar dan mengambil pengajaran dari ustaz dan imam2 juga..Bukan anda seorang sahaja...
     
    Kenapa Saya berkata begitu??
     
    Jadi mari kita sama melihat ayat yang berkaitan dengan malaikat...makhluk yang mungkin paling rapat dengan Allah berbanding makhluk lain..
     
    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
      Surah Al- Baqarah, Ayat 30
     
    Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: "Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?"
      Surah Al-Israa', Ayat 61
     
     
    malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
      Surah Al- Baqarah, Ayat 32
     
     
    Dan ketika Nabi musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi musa(merayu dengan) berkata: "Wahai tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
      Surah Al-A'raaf, Ayat 143
     
     
     
    Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
      Surah A-li 'Imraan, Ayat 18
     
     
     
    Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?
      Surah A-li 'Imraan, Ayat 80
     
     
      (Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
      Surah An-Nisaa', Ayat 166
     
     
    Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya? " padahal kalau Kami turunkan malaikat nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman), kemudian mereka tidak diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).
      Surah Al An'aam, Ayat 8
     
     
      Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
      Surah A-li 'Imraan, Ayat 126
     
     
    Penjelasan :
    Sila rujuk ayat di atas:
     
    Sebenarnya banyak sebab wujudnya malaikat dan perlunya malaikat itu sentiasa di sisi Allah..
    Tedapat banyak tugas2 malaikat yang sebenarnya..namun ia bukanlah seperti yang kita sangka..
     
    Sekiranya kita menyangka bahawa Allah itu tidak mampu menguruskan alam ini seorang diri dan perlu membahagikan tugas kepada malaikat..mungkin kita kurang tepat hujahannya..
     
    Ini kerana Allah itu sendiri berkuasa dengan sendirinya dan tidak memerlukan malaikat untuk mentadbir alam ini..
     
    Lagipun bukankah malaikat itu tidak mempunyai ilmu sepertimana Allah bahkan tidak mampu pun mengatasi Adam( manusia), bagaimana malaikat mahu mentadbir alam ini dengan sempurna??
     
    Mereka itu sebenarnya hanya hamba yang taat mengikut suruhan tanpa memikirkan sesuatu apa pun..sedangkan iblis ( dengan izin..mampu berfikir dengan logik..tidak mahu menyembah makhluk yang lebih lemah pada pandangannya..walaupun mungkin logiknya salah..sekurang2nya dia berani berfikir).
     
    Kita bagaimana???..Kita di kalahkan iblis dalam berfikir semata2 mahu di anggap taat?...
     
    Ya..benar..iblis ingkar..tapi dia sekurang2nya  mahu berfikir..menggunakan keupayaan akalnya..walaupun terbatas..mengapa tidak kita( untuk mencari kebenaran)?.
     
    Dan tugas malaikat pula bukanlah tugas yang kita sangka sebagai pembahagian tugas ketuhanan..sekiranya kita berkata begitu..maka kita menyekutukan Allah bersama malaikatnya..sedangkan ada ayat yang mengharamkan kita berfikir sebegitu..
     
    Sekiranya kita menyangka bahawa tugas malaikat menyampaikan wahyu dan membantu utusan Allah..mungkin kita betul tapi itu juga bukan jawapan yang tepat..
     
    Sekiranya kita menyangka bahawa malaikat wujud untuk melawan iblis..maka ternyata kita bodoh..kerana malaikat tidak mampu memusnahkan iblis sedikit pun..kerana Allah telah berjanji iblis akan kekal sehingga kiamat....
     
    Jadi apa tugas sebenarnya??? Selain yang kita fahami dalam kitab??
    Yang penting kenapa perlu mereka itu wujud??
     
    Jawapannya adalah kerana Allah berkuasa memerintah seorang diri..tetapi Allah tidak boleh bersama dengan makhluk..mewujudkan dirinya di hadapan bahkan berkata2 dengan makhluk lainnya..
     
    Allah tidak boleh mewujudkan diriNya secara Nyata ( keghaibannya), kerana Zat Allah tidak sama dengan makhluk..dan sifatnya tentu sekali jauh berbeza..Tidak boleh bersatu melainkan kita juga menjadi
    • . Sekiranya tidak..maka Allah memerlukan perantaraan untuk menyampaikan arahan dan menguruskan makhluknya..

     
    Seumpama kita membuat game..kita tetap di luar (kom), kita tidak mungkin mampu masuk ke dalam..tetapi kita mampu bantu player dari luar kan??.
     
    Mengurus..memerhati..namun harus di ingat..ia berdasarkan ketetapan sistem itu sendiri yang tidak boleh di ganggu dengan cheat code ( keajaiban secara magic..tanpa sains.math..dan sebagainya)
     
    Pendek kata..urusan makhluk hanya boleh di selesaikan bersama2 makhluk sahaja..Dan Allah cuma memerhati..merancang..menilai..mendengar dan membantu..itupun sekiranya sesuai dengan kehendakNya juga..
     
    Dan ingatlah yang Allah hanya akan bantu kita sekiranya kita benar-benar berusaha...bukanlah percuma..melainkan cukup syaratnya..
     
    ...
     
    Ini kerana ZAT Allah itu maha besar..maha luas..maha berkuasa...sekiranya gunung pun hancur inikan pula makhluk lain yang ingin menatap (wajah) Allah?.
     
    Sehingga kini tiada malaikat mahupun makhluk lain yang mampu menyaksikan ZAT Allah yang ghaib itu....termasuklah malaikat itu sendiri..bahkan mereka itu cuma menerima arahan secara yang tidak kita ketahui..???
     
    Walaupun ada ayat yang menulis bahawa arsy Allah itu menjadi tempat turun naik malaikat..namun itu tidak bermakna bahawa malaikat itu pernah berjumpa..berkata-kata..bahkan melihat wajah Allah...
     
    Kalau tidak kerana mereka itu taat..sudah tentulah mereka itu akan memberontak sepertimana manusia..manakan tidak..mereka tentu sudah lama memendam perasaan ( sekiranya ada), untuk melihat ZAT @ Wajah Allah itu lebih daripada manusia kan??
     
    Dan tahukah anda..tugas yang paling utama bagi malaikat adalah memerhatikan manusia...khususnya nabi untuk membantunya...
     
    Itupun hanya sekadar bantuan yang sedikit..bukanlah semuanya...jika tidak apa perlunya musa lari ke arah laut?? Bukankah Allah boleh sahaja mengutus malaikat maut mengambil nyawa firaun??. dan menyuruh malaikat mengangkat sahaja musa ke langit??.
     
    Ia hanya berlaku sekadar yang telah di tetapkan...sepertimana nabi membelah bulan..musa membelah laut...
     
    Tujuannya hanya untuk menambahkan keyakinan manusia yang beriman..dan mempermain2 kan orang kafir..bukanlah pertolongan yang lengkap sempurna tanpa perlu berusaha..
     
    Dan yang paling utama sekali tugasnya adalah menjalankan hukuman kepada mereka yang ingkar..Lebih tepat lagi memusnahkan sesuatu dalam sekelip mata..
     
    Mereka pula seakan-akan tidak sabar untuk berbuat begitu? tahukah anda sebabnya..biarlah hamba mengauta sekali lagi..sebenarnya mereka itu terlalu rindukan wajah Allah..dan mahu bersamanya..tetapi makhluk lain berada di laluannya...andalah tu kot??
     
    Apa..anda ingat malaikat itu suka kepada manusia seperti anda???. Sepertimana yang saya katakan..sekiranya tidak kerana mereka itu makhluk paling taat..tak mungkin bumi ini wujud sebegitu lama..
     
    Oh..jadi selama ni anda fikir mereka itu makhluk yang baik..melawan syaitan bagi anda..menurunkan keajaiban dari langit semata-mata kerana mereka sukakan manusia..
     
    Ternyata anda silap besar...manusia langsung tiada nilainya berbanding ketaatan dan kerinduan mereka kepada Allah itu sendiri...
     
    Jika anda tidak percaya..maka perhatikan di dalam kitab..kita akan dapati bahawa Wajah Allah hanya mampu di lihat di dalam syurga sahaja...ketika kita bersatu dengan Allah
    • .

     
    Dan meskipun Allah bercakap dengan musa..itu cuma gambaran dalam kitab..bukanlah keadaan yang sebenarnya...
     
    Itulah yang semua kita menunggu..dan bayangkan sudah berapa ribu tahun malaikat itu menunggu?? Anda fikir mereka boleh menunggu lebih lama lagi???
     
    Bayangkan kalau perintah kiamat tiba esok..mungkinkah wujudnya lusa??
     


    kerjasama anda amat saya hargai..  baguss
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #1 01 January, 2011, 09:07:49 AM
  • Publish Di FB
  •  :ws:

    Ini kes manusia rasa dirinya paling HEbat (ATHEIS)
    siapakah ATHEIS???

    Jika hadapi masalah ini..
    Bonda akan jawab saja padanya...sudahkah  kamu miliki  ISLAM sepenuhnya..???

    komdian jika ia tak jawab...bonda akan bertanya padanya..

    .Jika tak percaya Tuhan yang Satu(Allah swt)kerana perlu bantuan malaikat...

    dia sajalah jadi Tuhan...tak usah ubah-ubah hal orang dan urusan orang lain..
    dirinya sajalah ia ubah ;tak payah harap bantuan yang lain (malaikat)

    dirinya; Aku tak sukalah dua mata....penat lihat orang kanan kiri...

    maka cipta diirinya kedua; dua matanya dijadikan satu ditengah-tengah...
    cantik tak ubah apabila ia mengubah kejadian  asal yang Allah swt kepada apa yang dia suka...

    Kemudian ;

    dirinya;Aku tak suka ada dua telinga..bengit dengar orang kanan kiri bercakap...(mahu bisu aku tak bisu..)

    dirinya kedua;
    dua telinganya cubalah menjadikan satu letak saja di belakang dalam rambut...(tak bengit dan otak pun tak migrain...)tak payah apa orang cakap mahu difikirkan tak ada masaalah...(Selamatkan dirinya)

    ada dua tangan susah saja....
    maka ubahlah ikat dua tangan itu menjadikan satu
    maka letak saja mana lah ia rasa suka dan cantik..

    lepas tu jalan dan ajaklah orang dengan kehebatannya...

    barulah buktikan Yang Hebatnya dirinya pada orang lain...AKU SUDAH BOLEH jadi TUHAN.....Kalau anjing dan babi mahu dekat dengannya...memang hebatlah..orang semua akan ikut..

    (ITULA DAJJAL)siapa tak mahu dikenalkan oleh Allah swt tentang Dajjal..
    .tak payahlah cari surah dan ayat Allah yang berikan pertolongan dari issue Dajjal..WAssalam

    Ini lah kes orang yang hilang malunya kepada Tuhan..;

    Buktinya pernyataan dari;
     Rasulullah SAW memerintahkan kita memelihara diri daripada perbuatan dibenci Allah.
     Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
    “Malu adalah cabang iman dan iman di dalam syurga dan kurang sopan itu adalah sebahagian daripada kekerasan hati, kekerasan hati adalah di dalam api neraka.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi)
    Nabi s.a.w pernah menyebut kita PERLU MALU, kerana malu adalah agama, dengan terang lagi jelas baginda menyebut :-
    إن مما أدرك الناس من كلام النبوة الأولى إذا لم تستح فاصنع ما شئت
    Erti : Sesungguhnya, perkara yang telah diketahui ramai dari perkataan nabi-nabi awal dahulu adalah : Apabila kamu tidak lagi mempunyai perasaan malu, kamu buatlah ( akan berbuat) apa sahaja

     ( Riwayat Al- Bukhari)   

    Maka Allh swt Membela dan motivasi kepada Nabi saw dan orang-orang beriman agar Iman nya tak goncang dan rusakkan Iman...

     إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱشۡتَرَوُاْ ٱلۡكُفۡرَ بِٱلۡإِيمَـٰنِ لَن يَضُرُّواْ ٱللَّهَ شَيۡـًٔ۬ا وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (١٧٧)

    Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (177)


     وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّمَا نُمۡلِى لَهُمۡ خَيۡرٌ۬ لِّأَنفُسِہِمۡ‌ۚ إِنَّمَا نُمۡلِى لَهُمۡ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِثۡمً۬ا‌ۚ وَلَهُمۡ عَذَابٌ۬ مُّهِينٌ۬
    (١٧٨)
    Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).(ayat;178;Surah Al-Imran)

    مَّا كَانَ ٱللَّهُ لِيَذَرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ عَلَىٰ مَآ أَنتُمۡ عَلَيۡهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِ‌ۗ وَمَ كَانَ ٱللَّهُ لِيُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ يَجۡتَبِى مِن رُّسُلِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ‌ۚ وَإِن تُؤۡمِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَلَكُمۡ أَجۡرٌ عَظِيمٌ۬ 

    Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.
    (Surah Al-Imran;179)

    Wabitaufiq walhidayah
    Wassalam..

    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1283
      • View Profile
    Jawab #2 01 January, 2011, 09:11:17 AM
  • Publish Di FB
  • sooo kalau Allah Maha Mengasihani ... mengapa dicipta plak "gangguan" .... sebagai contoh ... iblis ke, syaitan ke so mengapa di adakan plak "gangguan" sedemikian ????

    bukan soalan ekk .... sekadar

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #3 01 January, 2011, 09:20:58 AM
  • Publish Di FB
  • sooo kalau Allah Maha Mengasihani ... mengapa dicipta plak "gangguan" .... sebagai contoh ... iblis ke, syaitan ke so mengapa di adakan plak "gangguan" sedemikian ????

    bukan soalan ekk .... sekadar
    Semoga kita terselamat dari kekeliruan dan kesesatan...Nauzubillahiminzalik..

    Pribahasa Melayu;
    "LIDAH BIAYAWAK"

    Kenal tahu /faham arti maksudnya..??
    Cari Kamus bahasa melayu dan carilah...

    Ilmu bahasa diperpanjangkan dan didalami...
    lautan dalam dapat diduga= jantan betina ikan
    tapi Peribahasa budaya IBUNDA sudah ke mendalami ?
    inilah (bahasa Orang tua lama yang tak bersekolah dan cetek akal ilmu)

    Maha Suci Allah swt menjadikan Ilmu Yang Luas tidak bertepi..
    Dan Betapa dalamnya kiasan dan perumpamaan Allah swt  akan makhlok dimuka bumi.. :msya:

    Mendalami dan selami lautan Ilmu Al-Qur'an...Pemantapan IMAN... :ins:
    « Last Edit: 01 January, 2011, 09:23:36 AM by halawah »

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1361
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #4 01 January, 2011, 09:27:35 AM
  • Publish Di FB
  • terima kasih ya semua dengan responnya...
    teruskan komen yang positif okaja*

    syukran syukran...

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #5 01 January, 2011, 02:58:32 PM
  • Publish Di FB
  • kenapa cipta malaikat?]
    kenapa cipta jin
    kenapa cipta babi= walhal ia haram d makan
    kenapa cipta monkey monyet =
    kenapa cipta manusia?
    kenapa ada malam dan siang matahari dan bulan ?????

    [3]
    Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy

    [4]
    KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur.

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #6 01 January, 2011, 03:05:26 PM
  • Publish Di FB
  • (copy tafsir surah yunus)

    [5]
    Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

    ULasan.

    Setiap makluk adalah ciptaan allah swt utk menguji siapa yg bertaqwa dan siapa yg mungkar dari peraturannya.

    [9]
    Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.


    Jangan ingat allah swt itu bodoh, sewenang wenang nya nak masukkan kaum yg kufur dalam syurga.
    No way !!!! 

    Di dunia ini Allah swt mahu memilih mereka yg beriman saja. Yg kufur akan di heret ke neraka jahanam.


    ummulqurra

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Jawab #7 01 January, 2011, 04:03:30 PM
  • Publish Di FB
  • seseorang pernah bertanya kepada saya. soalannya berbunyi begini :

    "kalau Allah itu hebat, kenapa Allah tidak menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA?"

    saya tak dapat jawab. kerana ceteknya ilmu saya ni. jadi saya bertanya pula pada sahabat yang lain. jawapannya pula berbunyi begini:

    "kalau Allah menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA, maka sudah tentu Allah itu tidak hebat kerana ada Tuhan yang lebih hebat dariNYA"

    sekadar berkongsi.

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1361
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #8 01 January, 2011, 05:25:05 PM
  • Publish Di FB
  • terima kasih ya kak keju dan ummulqurra berkongsi ilmu...
    sangat saya hargai,,,

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Jawab #9 01 January, 2011, 06:29:24 PM
  • Publish Di FB
  • kenapa ALLAH ciptakan malaikat kalau ALLAH hebat?ALLAH mahu menunujukkan kehebatan kepada mereka yang buta hati dan celik hati..untuk menilai di mana kekuatan dan kehebatan Allah

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #10 01 January, 2011, 08:24:41 PM
  • Publish Di FB
  • seseorang pernah bertanya kepada saya. soalannya berbunyi begini :

    "kalau Allah itu hebat, kenapa Allah tidak menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA?"

    saya tak dapat jawab. kerana ceteknya ilmu saya ni. jadi saya bertanya pula pada sahabat yang lain. jawapannya pula berbunyi begini:

    "kalau Allah menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA, maka sudah tentu Allah itu tidak hebat kerana ada Tuhan yang lebih hebat dariNYA"

    sekadar berkongsi.

    Tinggalkan golongan yg mempersendakan Allah swt.

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #11 01 January, 2011, 08:56:16 PM
  • Publish Di FB
  • seseorang pernah bertanya kepada saya. soalannya berbunyi begini :

    "kalau Allah itu hebat, kenapa Allah tidak menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA?"

    saya tak dapat jawab. kerana ceteknya ilmu saya ni. jadi saya bertanya pula pada sahabat yang lain. jawapannya pula berbunyi begini:

    "kalau Allah menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA, maka sudah tentu Allah itu tidak hebat kerana ada Tuhan yang lebih hebat dariNYA"

    sekadar berkongsi.
    Inilah sifat kufur...dan ia mengkufurkan diri ...maka ucapan i ni juga menjatuhkan diri hal=Murtad...jika ia tak taubat...Nauzubillahi minzalik...
    maka berbanyaklah berdoa agar kita diawasi/dijaga Allah swt,
     agar tidak dibisikan Iblis yang selalu menjatuhkan ummat Muhammad saw yang imannya tipis
     dan pada pada golongan orang yang ahlulubbad tapi lagho..
    Kecuali orang yang MUTTAQIIN...tidak sama sekali akan terpedaya hal-hal kata serupa itu..


    لا إاله إلا الله،وأستغفر الله لذنبى وللمؤمنين والمؤمنات عدد خلقه ورضاء نفسه وزنة عرشه ومداد
     كلماته
    “Tiada Tuhan selain Allah aku minta ampuanan dosaku dan bagi para mukminindan para mukminat (Orang yang beriman lelaki dan perempuan),
     sebeberapa banyak makhlok dan Allah redha keatas diriNya dan hiasan atas ketinggian  ‘Arsy dan Tuhan yang memanjangkan segala kalimahnya."


    اللهم إنا نعوذبك من أن نشرك بك شيئا نعلمه ونستغفرك لما لا نعلمه
    "Ya Allah sesungguhnya kami berlindung denganMu Ya Allah dari kami mensyirikkanMU dengan sesuatu secara kami sedar dan ampunkanlah kami darihal apa yang tidak kami sedari..."

    Semoga kita terselamat dari Murtad....
    نعوذ بكلمات  الله   التامات من   شر ما خلق ومن شر ما صنع
    "kami berlindung dengan kalimah Allah swt yang sempurna daripada kejahatan makhlok dan daripada kejahatan yang dibuat oleh makhlok."




    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #12 01 January, 2011, 09:53:44 PM
  • Publish Di FB
  • [7]
    "Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami (untuk menjadi saksi tentang kerasulanmu), jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
    [8]
    Tiadalah Kami menurunkan Malaikat melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan pada ketika itu mereka (yang ingkar) tidak akan diberi tempoh lagi.



    dari surah al hijr

    jamilaripin

    • *
    • Posts: 68
      • View Profile
    Jawab #13 01 January, 2011, 10:07:51 PM
  • Publish Di FB
  • kalau makhluk  dapat faham semua kejadian tuhan,maka tuhan itu tidak lah hebat,maka itu tuhan mencipta apa apa yang tak dapat difahami oleh manusia,,sehingga makhluk itu mati maka barulah dia akan faham.maka kita hidup di dunia ni  .hanya buat apa yang kita percaya,,, kalau tak percaya jangan buat,,kalau percaya berhala yang berkuasa maka sembahlah berhala, kalau percaya Allah yang berkuasa sembah lah Allah...kita masing masing akan dipertanggungjawapkan apa yang kita buat...jangan bila sampai disana nanti baru menyesal...itu adalah seburuk2 penyesalan..

    beruang

    • *
    • Posts: 1354
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Jawab #14 01 January, 2011, 10:43:04 PM
  • Publish Di FB
  • Maha suci Allah yang menciptakan malaikat makhluk yang hebat maka betapa hebatnya Dia......

    angkabutt

    • *
    • Posts: 14
    • Sensei_Perantauan
      • View Profile
    Jawab #15 01 January, 2011, 10:45:34 PM
  • Publish Di FB
  • diantara perkongsian yang 'hebat' penuh dengan nas dan dalil2nya:)

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #16 02 January, 2011, 12:24:35 AM
  • Publish Di FB
  • :-)
    Alhamdulillah diberi pengetahuan serba sedikit tentang ini..Allahua'lam...yalahkan..kalau kita fikir logik lagi,kenapa Allah bangkitkan para rasul untuk menyampaikan amanat dari Allah kepada hambaNya sedangkan Allah lebih berkuasa untuk menguasai isi hati manusia,Dia boleh campak macam tu je petunjuk tanpa perlu diutus Rasul kepada kita tetapi hanya Allah sahaja yang tahu kenapa..kalau difikir2kan boleh pecah kepala tetapi kita kena sedar diri bahawa Allah itu Maha Berkuasa...malaikat itu sebagai bukti kekuasaan Allah dan manusia tidak dapat menandinginya kerana Allah boleh mencipta malaikat yang taat padanya..manakala manusia tidak mampu langsung mencipta makhluk yang taat 100% tu,tiada nafsu dan ingatlah,tujuan Allah mencipta segala makhluk di muka bumi ini adalah bertujuan supaya mereka tunduk kepada Allah..Allahua'lam..:-)
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Jawab #17 02 January, 2011, 02:02:21 AM
  • Publish Di FB
  • seseorang pernah bertanya kepada saya. soalannya berbunyi begini :

    "kalau Allah itu hebat, kenapa Allah tidak menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA?"

    saya tak dapat jawab. kerana ceteknya ilmu saya ni. jadi saya bertanya pula pada sahabat yang lain. jawapannya pula berbunyi begini:

    "kalau Allah menciptakan Tuhan yang lebih hebat dariNYA, maka sudah tentu Allah itu tidak hebat kerana ada Tuhan yang lebih hebat dariNYA"

    sekadar berkongsi.

    Tinggalkan golongan yg mempersendakan Allah swt.

    pendapat akak dulu sama macam saya..tinggalkan orang yang mempersendakan Allah..kan ida kan?dulu aku macam ni kan...tapikan kak..kalau akak nak masuk ke dalam golongan macam ni..nak jadi da'ie..adakah akak akan meninggalkan?sekiranya kes ini terjadi di dalam salah seorang ahli keluarga akak?

    Perindu_Sepi

    • *
    • Posts: 147
      • View Profile
    Jawab #18 02 January, 2011, 02:10:52 AM
  • Publish Di FB
  • Allah ciptakan malaikat untuk tunjukkan kepada kita betapa hebatnya Dia dalam mencipta satu makluk yang tidak pernah membantah perintah Nya walaupun sekali.Jika Allah suruh malaikat sujud,maka dari awal penciptaan malaikat sehingga dunia ini hancur,malaikat itu akan terus sujud kepada Allah.Jika Allah suruh malaikat rukuk kepada Nya,maka dunia kiamatpun malaikat itu akan terus rukuk kepada Allah.Mereka mengikut arahan Allah tanpa banyak soal.

    Berbanding dengan manusia,contohnya isteri.Isteri wajib mengikut cakap suami selagi perintah itu tidak bercanggah dengan syarak.Jika suami menyuruh isterinya memakan budu tapi isterinya enggan,ha itupun sudah tidak taat.Contoh lagi,anak sendiri.Jika kita suruh anak kita berhenti daripada menghentakkan kepalanya pada sofa tapi dia masih menghentak-hentak kepalanya pada sofa,bermakna anak kita sudah tidak taat pada kita. Inilah kehebatan Allah dalam mencipta satu makluk yang tidak pernah menentang perintah Nya.

    Malaikat bukan membantu,akan tetapi malaikat mengikut arahan apa yang di arahkan oleh Allah. Ada dalil-dalil atau nas yang menyatakan bahawa malaikat membantu Allah?

    Tak percaya malaikat itu diarah oleh Allah?

    Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)![45:29]

    Dan (berkatalah malaikat): Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad); Dialah jua yang menguasai serta mentadbirkan apa yang di hadapan kita dan apa yang di belakang kita serta apa yang di antara itu dan tiadalah Tuhanmu itu lupa;[19:64]
    Daripada ayat-ayat di atas,dapat kita faham bahawa malaikat sendiri mengaku bahawa mereka di bawah penguasaan Allah,mereka tidak akan kata A jika Allah tidak arahkan mereka untuk kata A.Mereka di bawah perintah Allah secara mutlak.

    Dan daripada ayat kedua,kita juga dapat faham bahawa Allah sendiri mengakui bahawa alam ini ditadbir olehnya.Ditadbir secara bahasa memberi makna mengurus,mengolah dan mengemaskini.Jadi,Allah lah yang mengurus alam ini.Dia tidak perlukan sebarang bantuan daripada manusia mahupun malaikat.Dia tetap Dia walaupun tanpa kita.

    Sebagai contoh tugas dan perintah malaikat mikail,malaikat mikail menjaga pintu rezeki.menjaga bukan pemberi.

    Silap, menurunkan hujan (menjaga pintu rezeki).Persoalannya,dari mana hujan itu datang?Haa…

    Allah tidak memerlukan malaikat sama sekali,Dia mencipta sesuatu atas kehendak Nya sendiri.Perhatikan firman Nya dalam surah Fussilat ayat 11:

    Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa! Keduanya menjawab: Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela;

    amYunus

    • *
    • Posts: 259
      • View Profile
    Jawab #19 02 January, 2011, 08:25:55 AM
  • Publish Di FB
  • Tak dapat nak jawab ni sebab ilmu teramat la sikit di dada ni.
    Pada aku, aku pegang satu je...
    Setiap yang Allah swt cipta tidak kira walau ia sebesar zarah sekalipun...
    ia pasti ada kebaikan dan tujuannya serta hikmahnya.
    Kalau kita pakai logik akal ni...boleh tersesat kita...
    Cuba fikir macam mana llah swt cipta bumi ni?
    Macam mana Allah swt cipta langit ni...takde tiang walau 1 batang pun..
    Macam mana Allah swt cipta laut...takde sebarang sempadan pun...
    Sebab tu aku suka pergi laut dan pantai. Bila tengok pantai tu...nampak kebesaran Allah swt.
    Tu salah satunya la....Kebesaran Allah swt ni banyak...tidak terhitung...
    Jauhkanlah aku dan semua dari syirik....dan segala sifat mazmummah...
    Tetapkanlah hidayahMu unttuk kami...
    « Last Edit: 02 January, 2011, 08:31:06 AM by amYunus »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    13548 Views
    Last post 30 June, 2011, 05:05:21 PM
    by hamimah
    13 Replies
    4628 Views
    Last post 16 January, 2012, 09:18:35 PM
    by Izzah0404
    41 Replies
    5019 Views
    Last post 17 December, 2010, 09:24:03 PM
    by Zainal Abidin