Ruqyah Asy Syar'iyyah - Jauhi Diri Anda Dari Kejahatan Manusia & Jin

*

Author Topic: Ruqyah Asy Syar'iyyah - Jauhi Diri Anda Dari Kejahatan Manusia & Jin  (Read 12552 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

11 January, 2010, 01:19:37 PM
  • Publish


  • بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله رب العالمين حمدا كثيرا كما أمر. والصلاة والسلام على أشرف
    الأنبياء والمرسلين سيدنا ومولانا محمد المختار, وعلى آله وأصحابه الأخيار. أما بعد,
    قال الله تعالى فى كتابه العزيز : وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ. صدق الله العظيم
    وقال سيدنا مصطفى صلى الله عليه وسلم : مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً. صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم
    Atas permintaan sahabat saya maka saya coretkan sedikit info berkaitan ayat-ayat Al-Ruqyatul Syari-‘iyyah. Bukanlah saya ini ahli/mahir dalam bidang ini, hanya sebagai memenuhi permintaan sahabat saya jua. Sekiranya terdapat salah dan silap harap saudara-saudari sudi-sudilah memperbetulkan ke jalan yang sebenar setelah diteliti dengan cermat.
    Apakah itu Ar-Ruqyah Asy-Syar-‘iyyah (الرقية الشرعية) , mungkin ada yang pernah mendengarnya dan mungkin ada yang tak pernah mendengarnya. Di sini saya akan menerangkan secara ringkas apakah itu Ayat Ruqyah, sedikit manfaat darinya dan cara-cara mengamalkannya.

    1) Makna Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah :-
    Al-Ruqyah الرقية itu bermaksud jampi daripada perkataan Raqa رقى
    Al-Syar-‘iyyah الشرعية itu bermaksud yang dibangsa kepada syarak daripada perkataan syara-‘a شرع
    Jadi, makna Al-Ruqyah Al-Syari-‘iyyah الرقية الشرعية itu ialah jampi yang dibangsa kepada syarak.

    2) Sumber Ayat-Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah = Al-Quranul Karim

    3) Penjelasan mengenai Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah :
    Bahawasanya ayat-ayat ruqyah ini banyak dan terdapat dalam bermacam-macam kaifiat(cara baca). Anda mungkin melihat kaifiat ayat ruqyah daripada Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di dalam kitabnya Al-Aurad Al-Zainiyyah Al-Makkiyyah dan daripada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, pengasas Darus-Syifak di dalam kitabnya Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa Mustajab, berbeza dengan kaifiat Ayat Ruqyah yang saya nyatakan di sini. Sesetengah Ayat Ruqyah yang terdapat dalam kitab mereka mungkin tidak terdapat dalam risalah saya ini dan sesetengah Ayat Ruqyah yang terdapat di dalam risalah saya ini tidak terdapat di dalam kitab mereka.
    Begitu juga penyusunan ayat dan cara bacaannya mungkin tidak selari. Ayat-Ayat Ruqyah yang saya naqalkan di sini mengikut kaedah yang digunakan oleh Ust Abd Malek,pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Hikmah,Alor Setar, Kedah.
    Jadi saya harap saudara-saudari tidak terkeliru jika terjumpa Ayat-Ayat Ruqyah yang berbeza ayatnyan, susunannya, dan cara bacaannya daripada yang saya nyatakan ini.

    4) Faedah Mengamalkan Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah :
    Di sini saya naqalkan perkataan ulamak mengenai faedah mengamalkan Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah ini. Telah berkata guru kami Al-Alim Al-Allamah As-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,
    “Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah ini di amalkan untuk keselamatan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus, dan sekiranya seseorang itu dirasuk syaitan, baca ayat ini kepada orang itu maka kita akan dapat berbicara dengan makhluk tersebut dan dapat mengusirnya keluar daripada tubuh orang yang dirasuk itu. Wallahu A-‘alam.”

    Dan telah berkata tokoh perubatan Islam serta ulamak besar Malaysia yang tidak asing lagi bagi kita, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din di dalam bukunya, Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya dengan Penyakit dan Pengubatannya :
    “Menghindarkan diri daripada suatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai Al-Wiqayah, Al-Wiqayah adalah suatu yang dituntut oleh Islam, seperti selalu yang diungkapkan oleh kata-kata hikmah iaitu, Menjaga Diri Sebelum Berlakunya Sesuatu Yang Tidak Diingini Seperti Penyakit Adalah Lebih Baik Daripada Mengubati Penyakit.
    Islam menyarankan pelbagai cara kepada manusia untuk menghindarkan diri daripada terkena perbuatan sihir. Dalam Al-Quran terdapat surah tertentu yang dibaca oleh masyarakat kita sebagai pelindung. Surah ini dikenali dengan istilah Al-Mu-‘awwizaat atau tiga surah terakhir daripada Al-Quran, iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.
    Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu ikhtiar untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir. Di samping itu banyak lagi ayat-ayat lain boleh diamalkan seperti Ayatul Kursi.
    Kita hendaklah sentiasa mendampingi Allah Subhanahu Wa Taala, menghiasi diri dengan melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada melakukan maksiat. Ikhtiar sebegini adalah cara terbaik untuk menghindari diri daripada syaitan, sihir dan niat jahat manusia.
    Al-Wiqayah merupakan cara paling berkesan untuk mengelakkan diri terkena sihir kerana jika sudah terkena, sukar untuk menghilangkannya. Semakin lama penyakit tersebut dalam diri manusia, semakin sukar dirawat.” - Intaha.

    Di dalam buku yang sama ketika ditanya, Bagaimanakah Ikhtiar Yang Dibenarkan Syarak Untuk Mengubati Pesakit Yang Terkena Sihir, beliau menjawab :-
    “Penyakit yang disebabkan oleh sihir berlaku di alam rohani. Kebanyakan sihir di lakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam. Sihir diamalkan secara terselindung, maka sudah tentu tidak mudah untuk mengubatinya.
    Antara ikhtiar untuk mengubati sihir adalah seperti berikut :
    Menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk menentang sihir seperti yang telah saya(Tuan Guru Haron Din) sebutkan sebelum ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran menyentuh tentang sihir yang berlaku di alam kehidupan manusia. Contohnya ialah apabila sihir berlaku secara berleluasa pada zaman Nabi Allah Musa Alaihis Salam, baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan meminta bantuan Allah Subhanahu Wa Taala sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa Alaihis Salam.
    Kitab karangan ulamak muktabar menyarankan kita membaca 11  ayat daripada Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1-5, 255-257, tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah.
    Ada juga ulamak yang menyarankan agar kita membaca Surah Al-Fatihah, ayat 255 Surah Al-Baqarah, ayat 117-119 Surah Al-A’araf, ayat 79-86 Surah Yunus atau 82-83, ayat 65-69 Surah Thaha, ayat 118 Surah Al-A’araf dan ayat 70 Surah Thaha.
    Ayat ini di sarankan agar dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang mengubati penyakit akibat terkena sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.”-Intaha

    Oleh yang demikian fahamlah kita disini bahawa pembacaan Ayat-Ayat Ruqyah ini adalah sebagai usaha dan ikhtiar kita untuk perkara-perkara berikut :
    1) Mengelak daripada gangguan makhluk halus (jin, syaitan, iblis)
    2) Mengelak daripada niat jahat manusia.
    3) mengelak daripada sihir.
    4) Sebagai benteng pertahan diri kita.
    5) Sebagai penyembuhan daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan dan sihir.
    6) Sebagai salah satu jalan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
    7) Sebagai salah satu cara menghindari maksiat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

    5) Kaifiatnya :
    Sila ke blog ini http://www.alfaatihwalkhaatim.blogspot.com untuk mendapatkan kaifiatnya. Kemudian Klik di Link أية رقية شرعية.pdf

    Perlu juga saya terangkan di sini bahawa kepada sesiapa yang berhajat untuk mengubati pesakit, perlulah belajar dan mendapat izin, tauliah, ijazah khas daripada guru-guru yang berkaitan. Ayat-Ayat Ruqyah di sini hanya untuk diamalkan oleh diri sendiri sahaja. Sekiranya sakit berlanjutan, anda perlulah berjumpa dengan perawat-perawat Islam yang mahir dengannya.
    Keberkesanan amalan ayat-ayat ini bergantung sepenuhnya kepada keikhlasan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Jangan sedikitpun di hati kita ada keraguan kepada pertolongan Allah Taala. Hanya kepada Allah Azza Wa Jalla sahajalah kita bergantung.
    وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ.
    Dan tiada upaya (untuk mengelak daripada maksiat) dan tiada kekuatan (untuk melakukan ibadat) melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.

    وصلى الله على سيدنا محمد و على آله وصحبه وسلم. والحمد لله رب العالمين.

    http://www.alfaatihwalkhaatim.blogspot.com
    http://www.maktabmahmudyan.blogspot.com

    بارك الله لنا

    Reply #1 11 January, 2010, 02:46:16 PM
  • Publish
  • benarlah tuan, tiada daya dan upaya, melainkan dengan adanya ILMU dan Ingat Allah, maka dengan ILMU itu dapatlah kebaikan, kuasa dan kehidupan yang baik.

    Reply #2 11 January, 2010, 02:49:48 PM
  • Publish
  • benarlah tuan, tiada daya dan upaya, melainkan dengan adanya ILMU dan Ingat Allah, maka dengan ILMU itu dapatlah kebaikan, kuasa dan kehidupan yang baik.

    yap...sgt2 stuju...:senyum: :jaz:

    Reply #3 12 March, 2012, 12:24:21 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...... 


    Apa khabar?, saya doakan kehidupan seluruh umat Islam
    sentiasa berada didalam redha dan rahmat Allah serta
    berbahagia selalu.

    Sekiranya anda ada masalah dengan ganguan makhluk
    halus atau jin atau kejahatan manusia, sila lakukan Ruqyah.


    Apa itu ruqyah?...
    Ruqyah adalah bahasa arab.... dalam bahasa melayunya ialah
    jampi iaitu dari ayat-ayat Al-Quran.


    Dengan melakukan Ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh
    segala penyakit misteri antaranya:-

    * Fikiran runsing / jiwa gelisah.

    * Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka.

    * Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan.

    * Ketengangan dalam rumahtangga.

    * Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam.

    * Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa.

    * Anak-anak mudah mendengar kata orang tua.

    * Menguatkan hafalan dan pembelajaran.

    * Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja
      dan pembelajaran.
     
    * Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif
      dari badan.


    Anda boleh dapatkan ayat-ayat Ruqyah secara PERCUMA ini di
    ------> http://zahariharis.com/ruqyah/mp3ebookpercuma.html


    Sampai disini, terima kasih kerana sudi membaca pengkongsian
    saya yang tak seberapa ini. Sekiranya ada kemuskilan apa yang
    saya emailkan ini boleh bertanya dengan Ustaz-ustaz yang
    berhapiran dengan anda.


    Ikhlas,


    Zahari Haris



    PS: Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi
            manafa'at kepada manusia lain.
    PERCUMA MP3 & eBook Ruqyah Asy Syar'iyyah
    http://workface.com/e/zahariharis

    Reply #4 12 March, 2012, 01:08:12 AM
  • Publish
  • Maaf
    boleh tak senaraikan ayat2 AlQuran yang digunakan semasa proses meruqyah ini?
    biasa dengar melaluimp3, tapi kadang2 tak pasti apakah surah-surah yang digunakan
    Terima Kasih
    Innamal A`Malu binniat " Segala Amal adalah dengan Niat"
    Asif ala kulli hal "Maaf atas apa2 hal", Wallahualam

    Reply #5 12 March, 2012, 09:25:44 AM
  • Publish
  • yang menyembuhkan ialah Allah
    ya Allah, hilangkan gangguan dari diriku, pulihkan aku seperti sediakala
    mohonlah dengan Ilmu yang ada

    kenapa perlu baca baca

    wirid yang nabi ajarkan lagumana?

    kita menambah nambah pasai apa? oooooi bestnya kan, rekacipta dari ku?!

    sesiapa yang mengambil pelajaran dari Allah, dari Al Quran, akan di berikan Allah keyakinan, kebahagiaan

    sesiapa yang gagal, lalai, maka syaitan syaitan akan bertambah banyak kepadanya

    silakan ya, atas kepercayaan kalian, lakukanlah, jangan sampai lalai mengingat Allah, syirik jadinya, subhanallah

    laa ilaha ill allahu
    wahdahu laa syarikalah

    Reply #6 12 March, 2012, 10:36:16 AM
  • Publish
  •  :)
    Ni list surah2 mengikut sequence.
    1 Al-Fatihah
    2 Al-Baqarah 1-5
    3 Al-Baqarah 102
    4 Al-Baqarah 163-164
    5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
    6 Al-Baqarah 285-286
    7 Ali-Imran 18-19
    8 Al-'Araf 54-56
    9 Al-'Araf 117-122
    10 Yunus 81-82
    11 Toha 69
    12 Al-Mukminun 115-118
    13 As-Soffaat 1-10
    14 Al-Ahqaaf 29-32
    15 Ar-Rahman 33-36
    16 Al-Hasyr 21-24
    17 Al-Jin 1-9
    18 Al-Ikhlas
    19 Al-Falaq
    20 An-Naas

    Reply #7 12 March, 2012, 10:47:03 AM
  • Publish
  • :)
    Ni list surah2 mengikut sequence.
    1 Al-Fatihah
    2 Al-Baqarah 1-5
    3 Al-Baqarah 102
    4 Al-Baqarah 163-164
    5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
    6 Al-Baqarah 285-286
    7 Ali-Imran 18-19
    8 Al-'Araf 54-56
    9 Al-'Araf 117-122
    10 Yunus 81-82
    11 Toha 69
    12 Al-Mukminun 115-118
    13 As-Soffaat 1-10
    14 Al-Ahqaaf 29-32
    15 Ar-Rahman 33-36
    16 Al-Hasyr 21-24
    17 Al-Jin 1-9
    18 Al-Ikhlas
    19 Al-Falaq
    20 An-Naas


    masuklah Islam keseluruhannya
    janganlah ambil ayat ayat yang kamu setuju sahaja

    al quran, hudan lin nas

    subhanallah
    tanpa keraguan
    petunjuk kepada yang hendak bertaqwa

    kat mana DIA tunjukkan nya

    tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan yang berakal

    subhanallah

    Reply #8 12 June, 2012, 10:18:13 AM
  • Publish
  • :)
    Ni list surah2 mengikut sequence.
    1 Al-Fatihah
    2 Al-Baqarah 1-5
    3 Al-Baqarah 102
    4 Al-Baqarah 163-164
    5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
    6 Al-Baqarah 285-286
    7 Ali-Imran 18-19
    8 Al-'Araf 54-56
    9 Al-'Araf 117-122
    10 Yunus 81-82
    11 Toha 69
    12 Al-Mukminun 115-118
    13 As-Soffaat 1-10
    14 Al-Ahqaaf 29-32
    15 Ar-Rahman 33-36
    16 Al-Hasyr 21-24
    17 Al-Jin 1-9
    18 Al-Ikhlas
    19 Al-Falaq
    20 An-Naas


    masuklah Islam keseluruhannya
    janganlah ambil ayat ayat yang kamu setuju sahaja

    al quran, hudan lin nas

    subhanallah
    tanpa keraguan
    petunjuk kepada yang hendak bertaqwa

    kat mana DIA tunjukkan nya

    tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan yang berakal

    subhanallah

    Diamalkan ayat-ayat di atas tidak boleh dianggap sebagai mengambil setengah-setengah ayat al-Quran. Ini sebagai amalan dan ikhtiar sahaja. Nabi sendiri ada menyarankan di dalam sebuah hadis daripada Abu Darda, bahawa untuk mengelakkan dari fitnah dajjal ialah dengan mengamalkan 10 ayat dari surah al-Kahfi. Hadisnya bermaksud(mafhumnya):

    "Barangsiapa yang menghafal 10 ayat terawal dari surah al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari fitnah dajjal" - (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

    Maka sabit dari saranan Nabi ini dibolehkan kita beramal dengan ayat-ayat dengan fadhilat tertentu.

    Wallahu 'alam.

    Saya menyediakan perkhidmatan merawat masalah berkaitan gangguan.Maklumat lanjut, layari blog saya:http://gangguanjin.com

    divider3
    halaqahforum4